Monday, November 23, 2015

Harga Lembu Raya Haji

HARGA LEMBU KORBAN 2011


Assalamu'alaikum Wrmbth,
 


Musim haji tiba lagi, marilah kita bersama menghayati erti sebenar Hari raya Aidil Adha sempena peristiwa agung antara Nabi Allah SWT Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Bagi umat islam, penyembelihan pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah amat digalakkan serta membantu saudara kita yang kurang mampu.

Bagi mereka yang sedang tercari-cari harga lembu korban 2011, disini kami tawarkan harga mampu korban untuk anda. Lokasi bagi perkhidmatan bekalan kambing dan lembu ini adalah SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, MERU, SETIA ALAM dan PELABUHAN KLANG.





Harga Lembu korban menurut jenis dan berat mereka adalah seperti berikut (September 2011)

JENIS LEMBU : BRAHMAN
SIZE: 250 kg. hingga 300 kg
Harga : RM3000 seekor.

JENIS LEMBU : KK
SIZE: 200 kg. hingga 250 kg
Harga : RM2,600 - RM2,800 seekor.

JENIS LEMBU : BRAHMAN CROSS
SIZE: 250 kg. hingga 300 kg
Harga : RM3,000 seekor



Kambing juga disediakan bagi tujuan korban 2011.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.


Melaksanakan Aqiqah dan Qurban Sekaligus
Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahuaklam